Tuesday, February 21, 2012

Harta Intelek

Harta intelek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Harta intelek (bahasa Inggerisintellectual property atau IP) dalam bidang undang-undang merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan. Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.
Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan meningkatkan tahap inovasi, ekonomi dan menganjaknya ke sebuah negara berasaskan ekonomi pengetahuan. Kekuatan undang-undang harta intelek dalam sesebuah negara juga dikenal pasti sebagai faktor penting yang mempengaruhi pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang berasaskan pengetahuan.
Hari Harta Intelek Sedunia disambut pada 26 April setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang apa itu harta intelek dan bagaimana ia menggalak bukan saja perkembangan muzik, kesenian dan hiburan tetapi juga inovasi produk dan teknologi.

Isi kandungan

  [sorokkan

[sunting]Harta intelek di Malaysia

Di Malaysia, harta intelek yang dilindungi di bawah undang-undang adalah patenhakciptacap daganganrekabentuk perindustrianpetunjuk geografi dan reka bentuk susun atur litar bersepadu. Varieti tumbuhan adalah komponen harta intelek dan ianya ditadbir oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Antara undang-undang yang melindungi harta intelek adalah:
  1. Akta Cap Dagangan 1976
  2. Akta Paten 1983
  3. Akta Hakcipta 1987
  4. Akta Rekabentuk Ciptaan Industri 1996
Mengikut laporan agensi antarabangsa Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) mengenai perkembangan paten di Asia, ChinaKorea Selatan dan Jepun adalah negara yang berada di tempat 10 teratas sebagai negara yang paling banyak menfailkan paten. Untuk negara seperti Malaysia, terdapat penambahan 70% jumlah paten yang difailkan pada peringkat antarabangsa iaitu dari 60 ke 103 pada tahun 2007[1].

[sunting]Lihat juga

[sunting]Rujukan

  1.  Toh Mei Ling, "Still some way to go for IP", The Edge Malaysia, 14 April 2008

[sunting]Pautan luar

Sunday, February 19, 2012

Etika komputer

10 HUKUM ETIKA KOMPUTER

Team i-Humor's picture
  1. Jangan menggunakan komputer untuk menyakiti orang lain.
    [Thou shalt not use a computer to harm other people.]
  2. Jangan mengganggu pekerjaan komputer orang lain.
    [Thou shalt not interfere with other people's computer work.]
  3. Jangan mengintip file komputer orang lain.
    [Thou shalt not snoop around in other people's computer files.]
  4. Jangan menggunakan komputer untuk mencuri.
    [Thou shalt not use a computer to steal.]
  5. Jangan menggunakan komputer untuk memberikan saksi dusta.
    [Thou shalt not use a computer to bear false witness.]
  6. Jangan menggunakan software sebelum anda membayar copyrightnya.
    [Thou shalt not copy or use proprietary software for which you have not paid.]
  7. Jangan menggunakan sumber daya komputer orang lain tanpa otorisasi atau kompensasi yang wajar.
    [Thou shalt not use other people's computer resorces without authorization or proper compensation.]
  8. Jangan membajak hasil kerja intelek orang lain.
    [Thou shalt not appropriate other people's intellectual output.]
  9. Pikirkan konsekuensi sosial dari program atau sistem yang sedang anda buat atau rancang.
    [Thou shalt think about the social consequences of the program you are writing or the system you are designing.]
  10. Thou shalt always use a computer in ways that insure consideration and respect for your fellow humans.
    [Gunakan komputer dengan pertimbangan penuh tanggungjawab dan rasa hormat kepada sesama manusia.]

Penggunaan komputer dalam pendidikan

PENGINTEGRASIAN KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN*
(Oleh: Ahmad Fauzi bin Mohamed)
Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan komputer dan justeru itu,
penggunaan komputer dalam pendidikan juga menjadi semakin dominan. Kita kini dikatakan
berada dalam satu masa perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman informasi. Dunia tanpa
sempadan, IT, ICT, e, K, siber, global, sinergi, dalam talian, pintar, rangkaian, dan pelbagai lagi
istilah yang sekiranya gagal untuk difahami menyebabkan kita seolah-olah berada di dunia lain.
Pakar-pakar pula meramalkan bahawa menjelang tahun  2010 semua jenis pekerjaan
harian akan melibatkan penggunaan komputer (Shelly, et al., 2002). Menurut Irwin (2000),
komputer sudah menjadi alat yang diperlukan untuk melibatkan diri dengan pertukaran maklumat
global, perdagangan antarabangsa, pertumbuhan ekonomi, dan pendidikan. Justeru itu,
penggunaan komputer seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang asing dalam pendidikan.
Terdapat program-program komputer yang menyediakan  pelbagai kaedah dan pendekatan
pembelajaran. Kanak-kanak sekarang mampu meneroka segala disiplin ilmu dengan hanya
berinteraksi dengan komputer. Bahkan mereka dapat menandingi segala ilmu yang terdapat
dalam minda guru.
Dalam perkembangan berkaitan, sekolah merupakan wadah terbaik untuk memberi
pendedahan tentang komputer dan teknologi maklumat. Menurut Barta (1995), pihak sekolah
yang ketinggalan dalam mengimplementasi teknologi maklumat berbanding sektor-sektor lain
sedang berusaha untuk merapatkan jurang tersebut. Proses pengkomputeran dan
pengautomasian yang dijalankan secara besar-besaran dan pantas di semua peringkat institusi
pendidikan telah menjadikan komputer sebagai satu bentuk integrasi dalam suasana pentadbiran
pendidikan masa kini. Situasi sedemikian berlaku kerana penggunaan komputer terbukti memberi
kelebihan dari segi mempertingkatkan kecekapan serta keberkesanan dalam perjalanan dan
pentadbiran sekolah (Visscher, 1996).
Pendapat Visscher (1996) tersebut telah menyokong dapatan penyelidikan Computers in
Education Studies (COMPED) yang dijalankan oleh Pelgrum dan Plomp (dalam Ahmad Rafee
Che Kasim, 1998). Penyelidikan anjuran The International Association for the Evaluation of
Educational Achievement di 22 buah negara mendapati bahawa sekolah yang menggunakan
komputer dalam urusan pentadbiran menunjukkan peningkatan dalam keberkesanan dan
kecekapan pengurusan sekolah.
Johnson (1996) telah menyenaraikan tiga kegunaan komputer dalam sektor pendidikan.
Menurut beliau, komputer dalam pendidikan digunakan (a) untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti
serta kualiti pengajaran dan pembelajaran, (b) untuk mengautomasikan proses pengajaran dan
pembelajaran, dan (c) sebagai alat untuk memproses  maklumat untuk tujuan meningkatkan
produktiviti.
Menurut Tengku Azzman (dalam Wan Azlinda Wan Mohamed dan Nor Hashimah Abdul
Hamid, 2001) terdapat tiga sebab utama mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan.
Pertama, banyak maklumat yang boleh dicapai oleh komputer tidak boleh dilakukan oleh
manusia. Kedua, kemampuan mengumpul dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya
dapat dikelola dengan cekap oleh komputer, dan ketiga, maklumat dan pengetahuan menjadi
kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia.
Peranan penggunaan komputer dalam pendidikan menurut Taylor (dalam Barta, 1995)
boleh dikelaskan kepada tiga bentuk iaitu (a) komputer sebagai tool, (b) komputer sebagai tutor,
dan (c) komputer sebagai  tutee. Sebagai  tool, komputer membantu guru atau pelajar dalam
membuat sesuatu tugasan. Antara perisian yang tergolong dalam kategori ini ialah pemprosesan
perkataan, hamparan eletronik, persembahan, pangkalan data, grafik, telekomunikasi, dan
penerbitan meja. Sebagai  tutor, komputer berperanan mengajar pelajar. Perisian yang terlibat
ialah yang berbentuk tutorial, latih tubi, simulasi, permainan berbentuk pembelajaran, dan
perisian penyelesaian masalah. Sementara komputer sebagai tutee, pelajar mengarah komputer
dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti logo, BASIC, dan Pascal untuk melakukan
sesuatu perkara.  Selain untuk pengajaran dan pembelajaran, komputer di sekolah-sekolah juga digunakan
dalam aktiviti-aktiviti berbentuk pengurusan dan pentadbiran. Penyelidikan oleh Mohd. Al-Shaari
Mohd. Ramli (1995) mendapati bahawa selain untuk pengajaran dan pembelajaran, komputer
digunakan untuk (a) urusan penulisan atau taip menaip, (b) perakaunan sekolah, (c) pengurusan
pangkalan data, (d) penyediaan bahan pameran, (e) berhubung melalui mel eletronik, dan (f)
menganalisis pencapaian akademik pelajar.
Abdul Razak Hamdan (2000) telah mengemukakan beberapa alasan tentang peri
pentingnya penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan pendidikan masa kini. Sebagai
pengendali maklumat, teknologi maklumat boleh melaksanakan sekurang-kurangnya enam
fungsi utama iaitu pengumpulan, pemprosesan, penjanaan, penyimpanan, mengakses semula,
dan penghantaran. Disamping itu, teknologi maklumat amat bermanfaat kerana kerja-kerja boleh
dilakukan dengan lebih pantas, konsisten, jitu, dan berkeupayaan tinggi.
Pengintegrasian penggunaan komputer ke dalam sistem pendidikan bukanlah sesuatu
yang mudah. Menurut Alix (n.d.) sikap penting untuk memastikan kejayaan penggunaan
komputer, implementasi serta penggunaan teknologi baru dalam pendidikan, perniagaan, atau
lain-lain perkara yang berkaitan dengan masyarakat  dan komunikasi. Menurut Irwin (2000),
perubahan persepsi dan sikap terhadap komputer boleh digerakkan secara berkesan melalui
pendidikan. Namun, menurut Marcinkiewicz (dalam Christensen, 1997) para pendidik sering kali
dikenal pasti sebagai penghalang kepada proses penggunaan komputer di dalam bilik darjah.
Menurut Shelly, et al. (2002), sejak dua dekad yang lalu, wujud beberapa bentuk
kekangan terhadap program pengintegrasian komputer  dalam pendidikan. Antaranya ialah (a)
kekurangan guru yang terlatih, (b) masa yang singkat untuk guru membuat perancangan, (c)
kedudukan komputer di lokasi yang sukar untuk diakses, (d) peruntukan kewangan, dan (e)
keengganan untuk berubah. Sementara Irwin (2000) pula mendapati bahawa isu yang paling
signifikan dalam pelaksanaan teknologi komputer khususnya di negara-negara membangun ialah
peruntukan kewangan yang besar dan kekurangan kemahiran teknikal.
Walau bagaimanapun, senario tersebut boleh diubah secara beransur-ansur melalui
beberapa pendekatan. Antaranya ialah latihan yang terancang, perancangan yang teliti, dan
komitmen yang tinggi untuk menerapkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Shelly, et al., 2002). Kejayaan penerapan teknologi maklumat menurut Rubinyi
(dalam Christensen, 1997) termasuklah perancangan program latihan yang teliti dan tersusun
sepanjang tempoh pelaksanaan latihan dan wujudnya proses tindak-ikut selepas latihan.  
Penyelidikan oleh Ministry of Economic Development New Zealand [MEDNZ] (1998) ke
atas pentadbir 440 buah sekolah (276 sekolah rendah dan 164 sekolah menengah) di New
Zealand mendapati dua faktor utama yang melambatkan proses pengintegrasian teknologi
maklumat ialah kos pembelian peralatan dan pengetahuan guru tentang peralatan. Hasil
penyelidikan juga menunjukkan pengetua-pengetua sekolah menengah menambah satu lagi
faktor sebagai halangan iaitu kefahaman guru terhadap nilai penggunaan teknologi maklumat.